Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditangguh esok.

SHAH ALAM – Seorang doktor bahagian kecemasan di sebuah hospital swasta memberitahu mahkamah hari ini Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dadanya, selain patah empat tulang rusuk.

Dr M. Nantha Kumeran, 39, yang bertugas di jabatan kecemasan Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) sejak 2013 berkata, laporan X-ray ke atas anggota bomba itu menunjukkan patah pada tulang rusuk kedua, ketiga, keempat dan kelima (di sebelah kanan).

“Terdapat juga lebam-lebam pada bahagian atas kanan dinding dada dan apabila saya sentuh bahagian itu, (saya dapat dengar) bunyi retak dan kelihatannya ke arah pneumotoraks (paru-paru kempis).”

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai pengendali inkues kematian Muhammad Adib.

Doktor berkenaan yang berkhidmat sejak 10 tahun lepas berkata, beliau mula memeriksa Muhammad Adib di dalam bilik pemulihan kecemasan SJMC pada awal pagi 27 November lepas. – Bernama

Tinggalkan Jawapan