Pengusaha, Zul Ismail membawa makanan kambing untuk ternakannya ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019

Minat dan kesungguhan seorang Cikgu memceburkan diri dalam bidang perternakan kambing sejak 15 tahun lalu kini membuahkan hasil.

Pemilik Zul Ismail, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zul mengusahakan ladang seluas 20 hektar dengan menternak pelbagai haiwan ternakkan seperti kambing, biri-biri, itik dan ayam sebagai hobi.

Aktiviti harian Cikgu Zul pada waktu pagi beliau pergi mengajar dan waktu petang beliau menguruskan ladangnya.

Cikgu Zul juga turut dibantu anaknya Muhd Ilman dan 3 orang pekerja. Aktiviti hari minggu lebih meriah, kerana adanya tempahan sembelihan untuk program akikah daripada penduduk setempat dan juga Lembah Klang.

Cikgu Zul turut menyediakan tempahan masakan seperti kari kambing, kurma kambing, bbq dan juga kambing golek, dan servis terus ke rumah.

Menurutnya, walaupun potensi perniagaan ini besar, namun cabaran mengusahakan ladang ternakan itu tidak kurang hebatnya termasuk berdepan masalah penyakit kambing, kambing mati dan lain-lain.

Hobi dan minat Cikgu zul dalam bidang ternakan membuatkan dirinya lebih tabah dan bangkit meneruskan usaha yang dijalankan bagi mengelak ia terhenti separuh jalan.

MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL02
Kelihatan seekor kambing milik Zul Ismail melihat terus ke arah kamera ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL04
Pengusaha, Zul Ismail memasukan pokok jagung ke mesin pengisar untuk dijadikan makanan untuk kambing ternakannya ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL05
Pengusaha, Zul Ismail memasukan pokok jagung ke mesin pengisar untuk dijadikan makanan untuk kambing ternakannya ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL11
Pengusaha, Zul Ismail membersihkan bahan lebihan yang dikisar ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL07
Pengusaha, Zul Ismail memberi makan ternakan kambingnya ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL13
Kelihatan tiga ekor itik dan seekor ayam milik Zul Ismail yang dijaga sebagai salah satu hobinya semasa tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL19
Pengusaha, Zul Ismail termenung seketika semasa tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019
MGF20022019_LADANG KAMBING CIKGU ZUL14
Pengusaha, Zul Ismail duduk berteduh di bawah kadang ternakan kambingnya ketika tinjauan Malaysia Gazette di kandang miliknya Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 20 FEBRUARI 2019

 

VIDEO BERKAITAN :