TERKINI : CALON PH! Aiman Jenis Kurang Bercakap – Syed Saddiq

SEMENYIH – Calon Pakatan Harapan, Muhammed Aiman Zainali bersikap jenis kurang bercakap tetapi berkhidmat lebih.

Itu penjelasan Ketua Pemuda Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai sikap anak menantu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.

Syed Saddiq berkata pihaknya tidak ada masalah sekiranya calonnya kurang bercakap.