TERKINI : Orang Yang Makin Suka Mahathir Banyak! – Abdul Rashid

PUTRAJAYA: Pemimpin PPBM hari ini berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya diberi peluang untuk menghabiskan pentadbirannya sebagai perdana menteri.

Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, sekiranya Dr Mahathir gagal dalam pentadbirannya dalam penggal ini, pengerusi PPBM itu akan mengambil risiko terhadap partinya sendiri.

“Bila saya lihat Dr Mahathir, saya tengok beliau dalam keadaan baik.

“Beliau melakukan apa yang beliau boleh untuk mengembalikan negara ini kepada keadaan yang normal,” katanya pada sidang medianya di Menara Usahawan, hari ini.

Abdul Rashid berkata demikian mengulas mengenai gerakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir, sambil menambah beliau tidak mendengar wujudnya gerakan seperti itu.