BANGI – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataannya berkaitan dana RM2.5 juga kepada Pas sebagaimana yang dibuat pada awal bulan ini mengenai dana politik RM90 juta.

Ujarnya, beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan terbaharu Sarawak Report  (SR) yang UMNO kononnya membiayai deposit untuk Pas bertanding pada PRU-14 lalu.

“Saya tidak tahu pasal itu semua. Termasuklah dana RM90 juta (kepada Pas) tidak ada,” katanya kepada media selepas menghadiri program ‘Sembang Santai Bossku’ di sebuah kafe di Bandar Baru Bangi hari ini.

MGF22022019_DSN BERSANTAI BERSAMA MAHASISWA03
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah), diringi Aktivis Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Rahimin Ismail (depan, dua kiri) dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ( depan, dua kanan) semasa sesi bersantai dan berkongsi pandangan bersama mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cartel Coffee Shop, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 FEBRUARI 2019.

Program itu dihadiri Najib selepas program tersebut yang sepatutnya diadakan di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibatalkan oleh pihak pengurusan universiti semalam.

SR semalam mengeluarkan laporan bahawa seorang pembantu Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah memasukkan wang tunai berjumlah RM2.5 juta ke dalam akaun Bank Islam milik Pas.

“SR mendapat pengesahan bahawa wang yang dibayar kepada Pas itu digunakan sebagai membayar deposit pilihan raya untuk calon parti yang bertanding dengan rekod jumlah kerusi terbesar.

“Kira-kira sejuta ringgit lagi juga dimasukkan secara tunai oleh Umtno ke dalam akaun Pas pada masa yang sama dengan cara sama,” tulis portal berkenan.

Bekas Perdana Menteri itu pada 3 Mac lalu memberitahu dia tidak pernah membayar RM90 juta kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun kepada parti itu.

Ia ekoran laporan daripada Sarawak Report pada Ogos 2017 yang mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan Pas bagi menarik mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi Awang kemudian memfailkan saman fitnah di mahkamah tinggi London terhadap SR. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.