Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitenden Mohd Sabri Abdullah bercakap media selepas Sidang Media Pilihan Raya Kecil N24 Semeyih di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Kajang. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 FEBRUARI 2019

KAJANG – Polis membuka kertas siasatan berhubung aduan pengundi dipercayai ketua  kampung berusian 50-an yang didakwa menjanjikan  RM100 untuk setiap pengundi semasa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata laporan polis itu dibuat seorang pengundi Cina semalam.

“Kami terima laporan polis dari lelaki itu didakwa difitnah menjanjikan akan memberikan wang tunai RM100 kepada setiap pengundi.

“Berikutan laporan yang diterima itu, IPD Kajang telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam sidang PRK DUN Semenyih di sini.

Beliau turut mengesahkan menerima laporan polis seorang lelaki mengenai sebuah kereta  Mercedes E Class 200K hitam yang disimbah cat minyak biru ketika diletakkan di tepi jalan.

Menurutnya kereta itu didakwa digunakan sebagai kenderaan membawa calon Barisan Nasional Zakaria Hanafi, 57, ke Kampung Rinching Hulu.

“Kertas siastan telah pun dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu unsur khianat,” tegas beliau lagi.

Katanya sejak kempen PRK bermula pasa 16 Februari lepas, polis telah membuka sebanyak 24 laporan polis dan enam kertas siasatan dibuka setakat 11 pagi hari ini.

Menurut beliau salah satu kertas sisatan juga adalah berkaitan kesalahan Pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya 1954 iaitu berceramah tanpa permit sah dari pihak berkuasa oleh sebuah parti politik pada malam Khamis di Beranang.

“Sehingga semalam sebanyak 104 permit kempen politik telah dikeluarkan iaitu 62 permit untuk Pakatan Harapan, 35 permit untuk Barisan Nasional dan tujuh permit untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Daripada permit ceramah itu polis buka dua kertas siasatan terhadap dua laporan yang diklasifikasikan dibawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” ujarnya sambil melontar amaran kepada parti parti politik yang berkenaan supayamematuhi peraturan sepanjang berkempen.

Ditanya mengenai laporan polis Pergerakan Pemuda UMNO semalam mengenai cubaan membeli undi menerusi penawaran hamper dan surat Tawaran Baik Pulih Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Mohd Sabri berkata ia dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan