Datuk Seri Mohammad Mentek

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu berkuat kuasa 31 Jan lepas.

SPNB dalam kenyataan berkata Mohammad, yang berkelulusan Sarjana Statistik dan Ijazah Sarjana Muda Matematik dari University of Minnesota, Amerika Syarikat itu memegang jawatan sebagai ketua setiausaha di KPKT sejak 2015.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara KPKT, K. N. Jayaselan dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah SPNB yang baharu bermula 8 Feb lepas.

— BERNAMA