Khairunnisa Umairah Mohd. Sabri kini mempunyai 'jari bahru' sumbangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar yang mengalami kecacatan jari sejak lahir kini mampu tersenyum.

Hasil teknologi, pelajar terbabit, Khairunnisa Umairah Mohd. Sabri kini mempunyai ‘jari bahru’ sumbangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Khairunnisa merupakan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Islam Annuriah Addiniah, Sungai Udang di Melaka.

‘Tangan baharu’ itu ialah tangan bio mekanik cetakan 3D yang merupakan hasil usaha para penyelidik UTeM.

Produk inovasi itu dijangka mampu membantu golongan yang cacat jari dan memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian.

Pic 1 (1)

Produk itu hasil kajian para penyelidik Fakulti Teknolohgi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) di universiti berkenaan.

Ketua penyeldiknya, Ir. Dr. Mohd. Farriz Basar berkata, penghasilan tangan bio itu membuktikan barisan penyelidik UTeM serius dalam memperkasakan aktiviti penyelidikan dan memberi manfaat kepada komuniti dan negara.

Pic 3.
Majlis penyerahan Tangan Bio Mekanik Cetakan 3D telah
disempurnakan pada tahun lalu oleh Dekan Fakulti Teknologi
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) Profesor Madya Ts. Mohd
Rahimi Yusoff semasa Persidangan Antarabangsa Teknologi tahun lepas.

“Penghasilan produk ini juga turut menyerlahkan kebolehan dan kepakaran barisan penyelidik UTeM bagi memenuhi keperluan semasa selari dengan kemajuan zaman peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.- MalaysiaGazette