KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sudah melengkapkan perpindahan bekas penyerang pasukan berkenaan, Leandro Sebastian Velazquez daripada sebuah kelab di Mexico, Veracruz.

Menurut JDT dalam catatan terbaharu di laman Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, pemain kelahiran Argentina berusia 29 tahun itu akan membuat penampilan pertamanya bersama skuad Harimau Selatan menentang Melaka United dalam aksi keempat Liga Super di Stadium Larkin, Sabtu ini.

Sebagai rekod, Velazquez menjaringkan gol kemenangan JDT ketika menewaskan kelab Istiklol FC dari Tajikistan, 1-0, sekali gus muncul kelab pertama dari Asia Tenggara menjulang Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2015.

Penyerang Argentina itu merupakan sebahagian daripada para pemain yang terlibat dalam kempen kejayaan Piala AFC 2015, yang mana JDT telah menjadi kelab pertama di Asia Tenggara dan memenangi pertandingan tersebut.

Velazquez telah menandatangani kontrak dengan JDT sebelum jendela perpindahan tutup pada hari Rabu lalu.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan