Deretan kereta yang terbakar di lokasi pameran udara Aero India 2019 dekat Bengaluru. foto Agensi

NEW DELHI (Reuters) – Sekurang-kurangnya 300 kereta musnah dalam kebakaran di pangkalan tentera Yelahankha di Bengaluru, tempat berlangsungnya Aero India 2019.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Namun, bomba tidak menolak kemungkinan rumput kering dan angin kuat punca kebakaran berlaku.

Tetapi setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berkata.

Pameran udara oleh Kementerian Pertahanan itu bertujuan menjadikan ia sebagai salah satu acara aero angkasa utama, terjejas dengan kemalangan tersebut.

Selasa lalu, dua pesawat tentera terhempas semasa membuat latihan aerobatik, mengorbankan seorang juruterbang dan dua lagi cedera. – MalaysiaGazette