Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – UMNO menafikan berita yang mendakwa pemimpin tertinggi parti itu mahu menilai semula kerjasama dengan Pas.

Berita itu, kata Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah disebarkan menggunakan nama Portal UMNO Online, kononnya dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik.

“Kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan palsu sama sekali. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pastinya kerana bimbang dengan kerjasama UMNO – Pas yang begitu baik.

“Malah berita berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh UMNO Online,” tegasnya dalam satu kenyataan ini.

Kerjasama UMNO-PAS amat baik dan semakin mantap ketika ini terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Shamsul Anuar berharap pengundi Semenyih tidak terpengaruh dengan berita palsu tersebut. – MalaysiaGazette