Kediaman Pablo Escobar yang dimusnahkan selepas ia menjadi tumpuan pelancong. foto Agensi

BOGOTA – Colombia memusnah bangunan apartmen yang pernah menjadi kediaman pengedar dadah, Pablo Escobar selepas tempat itu menjadi tumpuan pelancong.

Apartmen ‘Monaco’, yang menjadi kediaman Escobar pada tahun 1980an, merupakan simbol kejahatan, kata Datuk Bandar Medellin, Federico Gutierrez.

Gutierrez mendakwa bangunan bertingkat 8 itu menjadi destinasi pelancong bagi ‘pelancongan narkotik’ untuk melihat sejarah pengedaran dadah.

Ia menyebabkan pelbagai pihak mengkritik bahawa kerajaan telah ‘memuliakan’ keganasan dadah pada tahun 1980an hingga mengakibat beribu-ribu orang terbunuh.

Escobar dibunuh pada Disember 1993 dalam gabungan operasi Amerika Syarikat-Colombia.

Datuk Bandar merancang untuk membina taman dan muzium memorial bagi menggantikan tapak bangunan yang dimusnah dalam tempoh tiga saat.

“Monaco’ telah terselamat dalam serangan bom kereta pada tahun 1987 ketika pertikaian antara kartel dadah Medellin dan Cali memuncak. – MalaysiaGazette