Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.24 Semenyih yang tidak menerima kad pengundi diminta agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian terutamanya nombor bilangan pemilih.

Pengundi terbabit boleh membuat semakan melalui saluran-saluran berikut:
a) layari portal rasmi SPR di pengundi.spr.gov.my ; atau
b) telefon ke talian 03-88927018; atau
c) menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak; atau
d) hantar SMS ke 15888 (taip SPR<JARAK>semak<jarak>NO.IC)

Bagi pengundi yang telah menerima kad pengundi atau telah mengetahui maklumat daftar pemilih, mereka tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi, kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

Manakala bagi pengundi yang baharu membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat berikut;
a). pusat mengundi
b). saluran mengundi
c). nombor bilangan pemilih

Para pengundi juga adalah diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

Kad pengundi dan catatan daftar pemilih itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi. – MalaysiaGazette