Rakyat Algeria protes dan menentang hasrat presiden untuk kekal jawatannya. fotro Agensi

ALGIERS – Ribuan rakyat Algeria mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah rancangan Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk terus menerajui negara itu bagi penggal kelima.

Bantahan itu diadakan di seluruh negara.Prei

Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menghalang perarakan manusia ke istana presiden.

Abdelaziz telah menerajui jawatan itu sejak tahun 1999.

Beliau jarang kelihatan bersama rakyat sejak menderita serangan angin ahmar pada tahun 2013.

Kerajaan Algeria mengumumkan bahawa Presiden Abdelaziz yang bakal menginjak usia 82 tahun minggu depan akan ke Switzerland pada hari Ahad untuk rawatan susulan. – MalaysiaGazette