Omar Bashir. foto Agensi

KHARTOUM – Presiden Sudan, Omar al-Bashir mengumumkan darurat, turut menolak Kerajaan Persekutuan dan memecat semua gabenor.

“Saya mengumumkan untuk melaksanakan darurat di seluruh negara untuk setahun,” kata Bashir.

Sebelum itu, Perkhidmatan Keselamatan Negara dan Perisikan (NISS) berkata, Bashir sepatutnta melepaskan jawatannya.

Bashir telah berdepan dengan tunjuk perasaan anti-kerajaan sejak beberapa minggu ini.

Malah, Presiden Sudan itu meminta Parlimen menangguhkan pindaan persekutuan bagi membolehkan beliau terus menjadi presiden untuk satu penggal lagi.

Bashir juga berkata, demonstrasi itu merupakan cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara dan lebih awal menegaskan bahawa hanya ada perubahan kerajaan jika ia ditentukan melalui kotak suara.

Demonstrasi dilakukan susulan memotong subsidi roti dan bahan bakar pada bulan Disember lalu tetapi kemudian berlarutan kepada penolakan terhadap pemerintahan 30 tahun Bashir. – MalaysiaGazette