TERKINI : SAYA TAK TAU APA-APA! Deposit RM2.5 Juta kepada PAS?

BANGI – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataannya berkaitan dana RM2.5 juga kepada Pas sebagaimana yang dibuat pada awal bulan ini mengenai dana politik RM90 juta.

Ujarnya, beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan terbaharu Sarawak Report (SR) yang UMNO kononnya membiayai deposit untuk Pas bertanding pada PRU-14 lalu.

“Saya tidak tahu pasal itu semua. Termasuklah dana RM90 juta (kepada Pas) tidak ada,” katanya kepada media selepas menghadiri program ‘Sembang Santai Bossku’ di sebuah kafe di Bandar Baru Bangi hari ini.