Calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali beramah mesra bersama penduduk tempatan ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Pasar Malam Bandar Riching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 FEBRUARI 2019.

SEMENYIH – Selepas hampir hari tidak ditemui akhirnya Muhammad Aiman Zainali berjaya dikesan sekumpulan media ketika beliau melakukan walkabout di tapak pasar malam dekat Seksyen 2, di sini petang tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu menyatakan, beliau tidak lari dari media sebaliknya terpaksa berkejar ke beberapa lokasi yang tidak dirancang mengikut jadual asal.

Antara perkara-perkara tersebut ialah beliau menziarahi kematian dua buah keluarga di Semenyih serta menghadiri
menghadiri satu mensyuarat dengan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kuala Lumpur tengahari tadi.

“Saya ada, pagi-pagi saya dah solat Subuh di Bandar Seri Putra dan kemudian saya berjalan di sekitar Bandar Seri Putra.

“Kemudian saya pergi ziarah kematian ada dua, kemudian pergi ke penjara Kajang dan banyak tempat kami pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘kehilangannya’ hari ini apabila tidak dapat dikesan oleh pihak media yang membuat liputan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini.

Malah, pergerakkan harian yang sepatutnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp khas
dengan media tidak diterima sehingga menyukarkan sekumpulan wartawan dan juga jurugambar yang sepatutnya fokus kepada jadual kempen.

Dalam pada itu, ketika ditanya desas desus berlaku masalah komunikasi antara jenteranya sehingga menyebabkan jadualnya tidak sampai kepada media, Muhammad Aiman berkata, apa yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.

Ujarnya, dia tetap berkempen seperti biasa dan akan terus berjumpa dengan pengundi ekoran masa untuk beliau berbuat demikian hanya berbaki empat hari sahaja lagi.

“Itu mungkin ada masalah teknikal sikit, mungkin info itu tak sampai. Saya tetap berkempen macam biasa, tinggal lagi empat hari kita akan all out kita akan fokus untuk kempen ini. Kita akan pastikan info dan maklumat diberi kepada media,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Aiman turut memohon maaf kepada media ekoran masalah yang berlaku itu hingga menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk menjalankan tugas.

“Saya minta maaf kepada semua. Mungkin ada masalah komunikasi dan sebagainya antara media dengan kumpulan kami. Jadi, kami harap esok akan macam biasa balik. Insyaallah kita jumpa esok,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/25/dimana-aiman/