Neelofa
Neelofa

KUALA LUMPUR- Pengacara popular, Neelofa kini berada di Milan, Itali untuk menghadiri beberapa pertunjukan jenama mewah dalam acara Milan Fashion Week.

Menerusi Instagramnya, wanita berusia 30 tahun itu berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan dia menyarung helaian mewah antarabangsa.

Neelofa kelihatan anggun memakai jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan Max Mara untuk menghadiri pertunjukan fesyen.

Malah lebih istimewa, kemunculan aktres tersebut di acara berprestij itu mendapat perhatian daripada pihak pengurusan jenama Salvatore Ferragamo.

Syarikat jenama tersohor itu turut berkongsi foto Neelofa di sebuah entri di akaun Instagram rasmi mereka.

“Malaysian actress, Neelofa, American actress, Suki and model, Lottie Moss make an appearance at Ferragamo Fall Winter 2019 show,” tulis mereka di ruangan kapsyen laman Instagram jenama fesyen itu. – MalaysiaGazette