Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah bersama kepimpinan BN-PAS selepas Majlis Ceramah Santai di PDM Bukit Mahkota malam tadi. Foto:MediaUMNO

KUALA LUMPUR – Apa hendak jadi dengan negara kita?

Itu persoalan yang dilontarkan oleh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengerusi Majlis Penasihat UMNO itu berkata, dalam keadaan ekonomi teruk sekarang – pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi bersandiwara.

“Fikirlah apa yang akan terjadi di negara ini? Mereka (pemimpin PH) masih bersandiwara. Hari-hari perselisihan satu sama lain tiada lagi janji tunaikan manifesto.

“(Mereka) main catur sama sendiri. Siapa nak jadi apa dan letak mana? Rakyat yang patut bersabar (pula). Inilah sikap (mereka) dalam masa empat tahun akan datang.

“(Dan) ini (pula) yang menunggu kita. Keadaan ekonomi (teruk), harga sawit jatuh, getah dan minyak jatuh,” katanya dalam ceramah sempena kempen PRK DUN Semenyih dekat sini malam tadi.

Razaleigh juga cuba membayangkan apa yang akan berlaku di dalam PH sekiranya apa-apa berlaku kepada Mahathir dan kesannya buruk kerana tidak ada asas kuat kecuali penguasaan DAP.

Dalam ceramahnya juga beliau mengimbas kembali sejarahnya bersama Mahathir di mana mereka pernah ‘berentap’ dalam UMNO.

Beliau juga menceritakan semula sejarah beberapa kerjasama beliau dengan Pas termasuk kenangannya bersama manta presidennya, Allahyarham Fadzil Nor.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.