Anggota penyelamat bertungkus lumus mencari meraka yang terselamat dalam kejadian lombong emas runtuh di Sulawesi Utara.

JAKARTA – Agensi bencana Indonesia berkata anggota penyelamat kini mencari 60 orang yang tertimbus berikutan lombang emas haram yang runtuh di Sulawesi.

Agensi itu berkata, seorang mangsa ditemui mati dan 13 lagi berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat pada pukul 5 pagi waktu tempatan dalam insiden yang belaku pada petang semalam di Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, lapor Reuters.

“Ketika berpuluh-puluh orang melombong emas di lokasi ini, tiba-tiba palang dan papan sokongan yang merka guna patah kerana tanah yang tidak stabil dan lubang lombong yang banyak,” kata jurucakap agensi bencara, Sutopo Purwo Nugroho, dalam kenyataan.

Gambar-gambar yang dirakam agensi itu menunjukkan para anggota penyelamat dan penduduk kampung di lereng bukit yang berlumpur bertungkus lumus sepanjang malam membawa mereka yang terselamat keluar selain membawa mereka dengan menggunakan pengusung.

“Usaha membawa keluar terus dilakukan sepanjang malam kerana jangkaan bilangan besar yang tertimbus,” kata Nugroho.

Kerajaan pusat telah mengharamkan perlombongan emas berskala kecil, walaupun pihak bberkuasa tempatan sering menuutp mata terhadap aktiviti yang dilakukan di kawasan terpencil. – Agensi