PARIS – Lagu hit pada tahun 2017, Despacito bukan sahaja menjadi siulan di Malaysia malah menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

New Straits Times Online melaporkan, lagu nyanyian Luis Fonsi kini menjadi lagu paling popular di saluran YouTube sehingga mencatat jumlah tontonan lebih daripada enam bilion.

Malah, lagu Despacito juga turut mendapat 32 juta tanda ‘like’ di YouTube.

Despacito yang membawa maksud perlahan dalam bahasa Melayu itu juga mencatat tontonan lebih dua bilion daripada pencabar terdekatnya iaitu lagu Shape Of You nyanyian Ed Sheeran.

Penyanyi dari Korea Utara, Psy yang pernah melakar sejarah sebagai penyanyi pertama berjaya mendapat tontonan lebih dua billion menerusi Gangnam Style pada tahun 2012.

Kini Psy menduduki tangga kelima dalam carta Youtube dengan 3.3 bilion tontonan. – MalaysiaGazette