Michael Cohen

WASHINGTON – Bekas peguam Donald Trump mendakwa Presiden Amerika Syarikat itu mahu beliau berbohong mengenai rundingan hartanah di Moscow ketika kempen pilihan raya.

Ketika memberi keterangan lisan, Michael Cohen berkata, Trump telah mengarahkan mengalihkan rancangan bagi bangunan pencakar langit, walaupun dia telah menafikan memiliki perniagaan di Rusia.

Cohen juga mendakwa Trump tahu mengenai kebocoran emel Demokrat yang telah digodam dan memanggilnya “rasis”, “perdaya” dan “menipu”.

Namun, Trump yang sedang berada di Vietnam untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sempat menjawab dakwaan Cohen dengan berkata: ” Beliau menipu untuk mengurangkan tempoh di penjara”,

Cohen, 52, akan mula dikenakan hukuman penjara tiga tahun pada Mei ini kerana melakukan penyelewengan dana kempen dengan membayar sebahagian duit kepada wanita simpanan Trump, mengelak cukai dan berbohong kepada Kongres.

Dalam penyataan lisannya kepada Jawatankuasa Pengawasan Dewan Perwakilan pada hari Rabu, dia mengatakan Trump “mengetahui dan mengarah” merancang tentang Menara Trump di Moscow, sambil menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berurusan di Rusia.

“Pada masa yang sama, saya secara aktif berunding di Rusia untuknya,” kata Cohen.

“Dia telah berhubung dengan mata dan memberitahu saya bahawa tidak ada perniagaan di Rusia, kemudian keluar dan berbohong kepada rakyat Amerika Syarikat perkara yang sama. Dalam cara ini, Trump memberitahu saya supaya berbohong. ”

“Dia mahu saya berbohong,” saksi itu menambah.

Bagaimanapun, Cohen telah disabitkan berbohong kepada Kongres apabila dia memberi keterangan pada 2017 bahawa percubaan untuk membina bangunan pencakar langit Trump di Moscow telah dihentikan pada Januari 2016. – MalaysiaGazette