Sebahagian petugas media mendaftar bagi mengikuti perkembangan inkues kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2019

SHAH ALAM – Inkues hari ke-12 sesi petang hari ini ditangguhkan berikutan tidak mempunyai cukup masa kerana saksi seterusnya iaitu saksi ke-20 dijangka memberi keterangan yang panjang.

Koroner Mahkamah Shah Alam, Rofiah Mohamad juga memutuskan inkues kematian anggota bomba Mohammad Adib Mohd Kassim yang sepatutnya diteruskan mengikut jadual pada 4 dan 5 Mac dilapangkan ke tarikh lain.

Ini ekoran permohonan rayuan penangguhan inkues yang difailkan badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman berlangsung Isnin ini di Mahkamah Rayuan.

Justeru katanya prosiding inkues akan disambung semula pada 19 Mac.

Badan bertindak itu memfailkan permohonan penangguhan untuk menggantung inkues pada 13 Februari lalu, sementara menunggu penyelesaian rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan memberi mereka status pihak berkepentingan dalam inkues itu.

Sepanjang 12 hari prosiding seramai 19 saksi telah memberi keterangan.  -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan