petrol
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal dan RON97 pula naik bermula tengah malam ini sehingga 8 Mac depan.

RON95 berharga RM2.08 seliter manakala harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak lima sen iaitu daripada RM2.38 kepada RM2.43 seliter untuk tempoh sama.

Harga diesel kekal pada paras RM2.18 seliter bagi tempoh sama berdasarkan harga pasaran sebenar Mekanisme Harga Automatik bagi minggu sebelumnya, kata kenyataan Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini kerajaan menetapkan had pengekalan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.20 seliter ketika ini dikurangkan sebanyak 12 sen kepada RM2.08 seliter berkuat kuasa 27 Februari lalu.

Ia diputuskan selepas mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat.-MalaysiaGazette