TERKINI : Nik Aziz Selesai Mengundi #PRK Semenyih

SEMENYIH – Penambahan pusat pengundi baharu serta kemudahan saluran untuk warga emas melancarkan proses membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Orang Ramai Semenyih.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul yang ditemui selepas selesai membuang undi berkata, beliau berterima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyediakan kemudahan tersebut di PDM berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak SPR kerana telah menambah pusat undi baru dan telah tambah saluran untuk warga emas.