Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sejumlah RM447.7 juta dalam ekuti tempatan pada minggu lalu.

Ia merupakan jualan terbesar dalam tempoh sembilan minggu.

Bursa tempatan meningkat 0.2 peratus pada hari Isnin kepada 1,725 mata selepas Presiden Donald Trimp memaklumkan akan melanjutkan tempoh akhir perbincangan perdagangan dengan China.

Pelabur asing menjual sebanyak RM49.6 juta pada hari Isnin susulan penurunan Indeks Harga Pengguna pada Januari untuk kali pertama.

MIDF Research berkata, pada hari Selasa dan Rabu, pelabur asing hanya melupuskan sebanyak RM14.7 juta meskipun ketegangan berlaku antara India dan Pakistan.

Jualan pelabur asing berada pada kemuncak pada hari Khamis kepada RM211.6 juta, paras tertinggi dalam sehari setakat tahun 2019 selepas Trump dan Kim Jong-un gagal mencapai sebarang keputusan pada sidang kemuncak di Hanao.

Firma penyelidikan itu berkata, jualan bersih oleh pelabur asing masih tinggi kepada RM157.2 juta selepas perubahan Indeks MSCI berkuatkuasa, mendorong pelabur asing menyeimbangkan semula portfolio.

Sepanjang bulan Februari, pelabur asing telah menjual sebanyak RM815.6 juta ekuiti tempatan menjadikan aliran tunai ke Malaysia sebanyak RM53.3 juta atau AS$10.4 juta.

Sebagai perbandingan dengan jira-jiran serantau, Malaysia kekal sebagai negara dengan aliran tunai paling rendah di empat negara ASEAN yang dipantau.

Indonesia pula menyaksikan destinasi tertinggi pelabur asing dengan aliran masuk sebanyak AS$690.9 juta atau RM2.8 bilion.

Tambahnya, penyertaan dalam kalangan tiga kumpulan pelabur masih kekal baik namun hanya pelabur-pelabur asing sahaja yang menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus dalm nilai purata dagangan harian (ADTV) minggu lalu.

Pelabur institusi dan runcit pula menyaksikan penurunan lebih daripada 4.0 peratus dalam ADTV. – MalaysiaGazette