Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

“Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya,” demikian menurut SPRM.

Dalam pada itu, SPRM berkata, baki satu lagi masih dalam siasatan badan itu.

Raja Petra dalam siri artikel disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu mendakwa, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan empat Exco kerajaan negeri menerima rasuah berkaitan projek terowong dasar laut itu.

Raja Petra mendakwa pendedahan itu diperoleh daripada kertas siasatan SPRM berhubung kes pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion berkenaan.

Justeru itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan SPRM.

Malah, Dr Mahathir turut berkata Raja Petra seorang yang pembohong dan tidak sepatutnya dipercayai. – MalaysiaGazette