TERKINI : Tiada ‘Magic Pill’ Untuk Wanita Berjaya – TPM

DENGKIL – Peningkatan penyertaan wanita sebagai usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKR) membantu membaa pertumbuhan ekonomi yang ketara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia sekaligus akan memastikan kesaksamaan gender dan pemerdayaan wanita dalam dunia perniagaan sentiasa diperkasakan kerajaan.

Katanya dengan kira-kira 99 peratus perniagaan di negara ini berkategori PKS, 20 peratus daripadanya dikendalikan wanita diseluruh negara.

“Program Keusahawanan Wanita PLUS julung kali ini membuka satu lagi lembaran dalam mmperkasa usahawan dalam kalangan wanita berpotensi.

“Perkhidmatan yang ditawarkan PLUS Malaysia Berhad melalui 33 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ini menyediakan peluang kepada wanita serta ibu tunggal memasarkan produk mereka terus kepada pelanggan lebuh raya.

“Sehingga kini terdapat 201 orang atau 46 peratus peniaga adalah wanita dan 7 peratus daripadanya ibu tunggal,” katanya semasa berucap dan melancarkan prgram Keusahawanan Wanita PLUS di R&R Dengkil (Arah Selatan) di sini.