Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA –  Seramai 143 orang yang mendapat kesedaran untuk berhenti merokok selepas kerajaan mewartakan larangan di kedai makan Januari yang lalu.

Jumlah itu menurut Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad adalah statistik yang direkodkan menerusi laman sesawang jomquit.moh.gov.my sejak larangan dikuatkuasakan sehingga minggu kedua Febuari lalu. 

Dzulkefly menyifatkan angka tersebut sebagai respon positif terhadap usaha kerajaan. 

“Selaras dengan perluasan tempat larangan merokok, pihak KKM komited untuk memberikan bantuan kepada semua perokok agar dapat berhenti merokok dan hidup lebih sihat.

“Laman sesawang jomquit yang disediakan memberi kemudahan kepada golongan perokok untuk mendaftarkan diri ke mana-mana perkhidmatan berhenti merojok sama ada di fasiliti awam mahupun swasta.

“KKM mendapati terdapat sambutan luas biasa di mana sehingga minggu kedua Febuaru 2019 seramai 143 orang telah berdaftar untuk berhenti merokok. Oleh itu saya merasakan pewartaan tempat makan sebagai tempat dilarang merokok adalah satu langlah positif bagi meningkatkan kesihatan seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap di majlis perasmian promosi Perkhidmatan Berhenti Merojok mQuit Sempena Pewartaan Tempat Makan Sebagai Tempat Dilarang Merokok. 

Dalam pada itu, KKM tambah Dzulkefly konsisten dengan sasaran sebelum ini hanya 15 peratus perokok dalam negara pada 2025 berbanding jumlah terkini iaitu 23 peratus. 

“Jumlah sangat munasabah dari sudut KPI yang kami letakkan 2025 kami harapkan dapat menurunkan 15 peratus perokok perokok,” tambahnya.

Majlis Promosi Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Sempena Pewartaan Tempat Makan Sebagai Tempat Dilarang Merokok anjuran KKM hari ini adalah kerjasama rakan kongsi mQuit yang diterajui syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd. 

Dzulkefly turut memaklumkan sehinga kini perkhidmatan berhenti merokok ditawarkan di 731 klinik kesihatan, 46 hospital dan 164 fasilits swasta. – MalaysiaGazette