Gambar hiasan.

SINGAPURA – Ketidaktentuan di Malaysia akan memberi kesan ekonomi kepada Singapura, kata Menteri Perdagangan dan Industri (MTI), Chan Chun Sing ketika menekankan bahawa negara itu perlu terus mempelbagaikan ekonominya dan ‘memandang serius isu itu bahawa ekonomi kita tidak pernah dijadikan tebusan atau bergantung kepada satu sumber’.

Pada masa sama, apa yang berlaku di seberang sempadan akan dirasai negara-negara serantau kerana Malaysia meruapakan sebahagian daripada ekonomi ASEAN, lapor The Straits Times.

Berikutan itu, kementerian tersebut telah menggalakkan syarikat Singapura mengkaji impak ke atas politik dan ekonomi Malaysia secara serius sejak beberapa bulan lalu,” katanya di Parlimen.

Beliau menyatakn demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen, Low Thia Khiang yang menyoal sama ada terdapat kesan ke atas ekonomi Singapura jika pertikaian dua hala membabitkan isu ruang udara dan pelabuhan tidak dapat diselesaikan.

Chan menekankan bahawa Malaysia adalah sebahagian darppada ASEAN.

“Pendirian kita ialah kita terus melihat kepada keadaan menang-menang dan projek menang-menang bersama Malaysia kerana kita sentiasa percaya bahawa kemakmuran Malaysia ialah ekonomi yang baik adalah baik untuk Malaysia (dan) baik untuk rantau ini.

“Bagaimanapun sebarang gangguan kepada ekonomi Malaysia akan memberi kesan signifikan kepada Singapura, yang mana kenapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini MTI sentiasa menggalakkan syarikat kita secara serius mengkaji kesan politik dan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, syarikat Singapuura perlu melihat risiko penggantungan tunggal iaitu kepada Malaysia secara serius.

Sejak kebelakangan ini, syarikat-syarikat Singapura memperkatakan mengenai kemungkinan berlaku gangguan bekalan dari Malaysia

Pada Disember lalu, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia sedang melihat untuk menghadkan atau menghentikan eksport telur bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk pasaran domestik.

Berikutan itu, agensi makanan Singapura berkata, ia merancang mencari sumber lain untuk keperluan pasaran telur di negara itu. – Agensi