TERKINI : Lupus Kereta Terbiar Berkuatkuasa Julai 2019

Majlis Pengangkutan Negara melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyiapkan satu garis panduan melupuskan kereta-kereta terbiar dalam tempoh sebulan lagi.

Ia kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet bulan depan dalam Program Pelupusan Kenderaan. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebelum ini tanpa prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan kerajaan khasnya pihak berkuasa tempatan (PBT) menghadapi masalah sehingga masa panjang sehingga mencecah antara enam hingga 12 bulan untuk melupuskan kenderaan tersebut.

Selain daripada tempoh masa panjang, jelas Anthony, PBT turut berdepan dengan kos yang sangat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu kerana terpaksa menyimpan kenderaan itu dalam depoh simpanan.

1 Komen

  1. Salam. Kenapa kerajaan tidak perkenalkan skim melupus kenderaan sukarela?. Ini salah satu punca mengapa berlambak kereta buruk ditinggalkan tepi jalan.

Comments are closed.