ISLAMABAD – Pihak berkuasa Pakistan telah menahan berpuluh-puluh suspek termasuk adik kepada pemimpin kumpulan Jaish-e-Mohammad yang dikehendaki India kerana disyaki melakukan serangan berani mati di wilayah Kashmir yang dikuasai India pada 14 Februarti lalu, mengakibatkan 40 anggota tentera terbunuh.

Pengemboman pada bulan lalu itu menyebabkan hubungan kedua-dua negara, di Kashmir, tegang pada minggu lalu.

Menurut kenyataan kementerian itu, seramai 44 suspek telah ditahan, termasuk anggota berpengaruh kumpujlan militan itu, lapor AP.

Antaranya Mufti Abdul Rauf, adik kepada ketua kumpulan itu, Masood Azhar.

Kementerian tersebut berkata, beliau merupakan antara suspek pengembom yang disenaraikan India. Senarai tersebut diserahkan kepada Pakistan hujung minggu lalu. Agensi