Ketua Teknikal Eksekutif Williams Peddy Lowe meninggalkan pasukan Williams selepas kecewa dengan kegagalan jentera dalam ujian pra musim di Barcelona baru baru ini.

ENGLAND – Ketua Pegawai Teknikal, Paddy Lowe pasukan Formula Satu (F1) Williams mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan itu menyusul selepas ujian pra-musim mengecewakan bagi  pasukan Williams baru baru ini menjelang Grand Prix Australia Mac ini.

Williams dalam satu kenyataan berkata, Lowe telah mengambil cuti ketidakhadiran atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Perletakan jawatan Lowe hadir selepas Pasukan Williams gagal mempersiapkan jenteranya untuk sesi ujian pra-musim di litar Barcelona.

Jentera berkenaan juga didakwa sangat perlahan menjelang ujian tersebut.

Timbalan Pengurus pasukan itu, Claire Williams berkata, Lowe bukan sekadar kecewa disebabkan kegagalannya mempersiapkan jentera pelumbaan untuk menghadapi ujian sesi pra-musim di Barcelona.

“Agak memalukan apabila gagal membawa kereta perlumbaan ke atas litar apabila pasukan lain berjaya melaksanakannya untuk sesi ujian pramusim kali ini.

“Pasukan kami tidak pernah berdepan masalah sebegini sejak 40 tahun lalu,” katanya.

Pada kejuaraan F1 musim lalu, Williams menamatkan saingan di tangga tercorot carta perlumbaan kejuaraan dunia, sekaligus mencetuskan persoalan mengenai keupayaan Lowe dan masa depan Williams

Lowe bagaimanapun mengakui dia tidak mempedulikan masa depannya sebaliknya lebih mengutamakan prestasi jentera Williams di atas litar perlumbaan.

Namun kurang seminggu kemudian Lowe meninggalkan pasukan Williams tanpa menjelaskan sebabnya.

Williams juga tidak mampu menjelaskan bila agaknya Lowe akan kembali namun dijangkakan dia tidak akan kembali lagi.

Lowe menyertai Williams pada 2017 selepas berkhidmat tiga musim dengan Mercedes dan merangkul gelaran juara dunia F1 tiga tahun berturut turt bersama Lewis Hamilton iaitu 2014, 2015 dan 2016.

Dia merupakan Pengarah Teknikal bersama McLaren sejak 2008 sebelum menyertai Williams.- MalaysiaGazette