KUALA LUMPUR – Kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama antara UMNO-Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam adalah kenyataan paling tidak bijak pernah dikeluarkan olehnya.
Lantaran itu, Datuk Seri Najib Razak bertanya adakah kenyataan Guan Eng itu bersifat hasutan.
“Kita semua maklum bahawa Menteri Kewayangan kita sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal.
“Tetapi kenyataan ini adalah antara yang paling tidak bijak pernah dikeluarkan oleh dia.
“Adakah ini hasutan?,” soalnya. – MalaysiaGazettee