Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Umum Bersama Calon PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Padang Koboi Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2018.
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau dan partinya tidak membayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle-Brown yang didakwa untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

“Dulu RM90 juta turun 1.4 juta. Pelik juga dari RM90 juta tak jumpa cari, turun kepada RM1.4 juta.

“Saya tak bayar, Pas tak bayar. Dakwaan itu tidak betul,” katanya ketika ditanya dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai bukti yang Ahli Parlimen Marang itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman selepas beberapa ketika membiarkan isu tersebut tanpa sebarang ulasan.

Ditanya apakah tindakan Pas seterusnya dalam menangani isu tersebut, katanya, pihaknya akan menjelaskan kepada masyarakat apa yang sebenarnya berlaku.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa Pas adalah parti miskin dan mempunyai banyak penyumbang yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.

sidang hadi
Sidang akhbar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman.

Katanya, ada penyumbang termasuk bukan Islam yang datang sendiri kepada beliau untuk menghulurkan sumbangan terutamanya pada pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata, Pas juga membiayai ribuan pusat pengajian, tadika Islam, sekolah, gaji guru-guru dengan menggunakan sumbangan orang ramai.

“Bila pilihan raya ada yang bagi pinjam untuk deposit, kerana calon-calon kita tak ramai yang hilang deposit, jadi mereka (pemberi pinjam) boleh ambil balik deposit dan Pas mempunyai deposit yang mencukupi,” katanya.

Mengenai tindakan Pas menarik balik saman ke atas Sarawak Report, Abdul Hadi berkata, tindakan itu dibuat kerapa mendapat Sarawak Report mempunyai politik di sebalik tuduhan penerimaan wang RM90 juta daripada UMNO.

“Sebab itulah kita menarik balik kes mahkamah itu kerana ia agenda politik bukan agenda perniagaan.

“Bahkan kita didatangi oleh pihak tertentu supaya tarik balik kes ini sebelum pilihan raya (PRU14) lagi,” ujarnya.

Katanya, keputusan Pas itu dibuat setelah parti itu berjaya mempertahankan negeri Kelantan, memerintah semula negeri Terengganu dan menang besar di Kedah dan Pahang termasuk mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang agak banyak di seluruh negara.

“Kita berjaya dari segi politik, dengan sebab itu apabila kita telah berjaya, maka kita tarik kes ini,” jelasnya.

Ditanya sama  ada Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan, katanya, Pas tidak mahu membuang masa dan wang ringgit untuk melayan segala fitnah ditaburkan.

Sebaliknya kata beliau, Pas akan mengadu kepada Allah dengan menunaikan solat hajat supaya Tuhan membalas segala fitnah yang dibuat terhadap beliau dan parti itu.

“Semoga mereka yang degil dan percaya kepada Tuhan, tidak buat lagi benda-benda yang menfitnahkan PAS ini dan kita serah kepada Allah Ta’ala,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. This idiot thinks his after thought is water tight denial.

    (1) There were many meetings between Rameli & Claire’ s Legal Council, before Claire agreed to the amicable settlement.

    (2) The Terms must be made known to everyone, including Hadi.

    (3) The obvious after thought after it was brought out few days ago, gives Hadi & PAS time to structure what best to answer.

    (4) Hadi had denied on several occasions on event relating to the trial, among others, Abodoh, 2.5 MM & his reluctance to admit who actual proposed for an amicable settlement.

    Hadi has lost the plot, and most important, his integrity & PAS as a whole.

Comments are closed.