TERKINI : Guan Eng Harap China Turunkan Kos ECRL

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap China bersetuju untuk menurunkan harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) supaya ianya dapat diteruskan.

Beliau yang menyokong kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan pengurangan harga bagi projek berkenaan adalah penting kerana Malaysia tidak mampu meneruskannya pada harga asal iaitu lebih RM55 bilion.