TERKINI : ISU KUIL BATU CAVES! Tan Sri Sesak Nafas, Dua Lagi di Reman Satu Hari SPRM

Seorang individu bergelar Tan Sri dibebas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembangunan sebidang tanah dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Noraisyah Mohd Yusof di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Mahkamah membenarkan permohonan peguambela, Devanandan S. Subramaniam untuk mengetepikan permohonan lanjutan reman SPRM sehingga tiga hari kerana masalah kesihatan.

Tan Sri terbabit yang juga pengurusan tinggi bertanggungjawab menguruskan kuil Hindu di Batu Caves, Selangor itu juga diarahkan dibawa ke hospital dan dibebas sepenuhnya mulai jam 5 petang ini.