Gambar menunjukkan M. Manogaran memakai baju berlogo politik semasa memasuki kawasan pusat mengundi semasa PRK Cameron Highlands lalu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditanya mengapa masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas M. Manogaran kerana melakukan kesalahan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sedangkan PRK Cameron Highlands sudah lama selesai dan PRK Rantau tidak lama lagi.

Manogaran, calon DAP itu secara terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila memakai baju berlogo parti ketika melawat pusat mengundi.

Datuk Seri Najib Razak bertanya mungkinkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak cukup bukti walaupun ratusan rakyat berada di tempat kejadian.

Manogaran turut mengakui melakukan kesalahan itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, pegawai-pegawai SPR pun boleh menjadi saksi.

“Itupun belum masuk kes hamper, kes ceroboh dan kes duit minyak,” katanya.

Secara sinis, Najib berkata, sebut perkataan “ko bodoh” kepada menteri PH terus tangkap dan duduk lokap tiga malam kemudian dakwa di mahkamah. Tak sampai satu minggu pun. – MalaysiaGazette