TERKINI : BUKAN ISU GEMBIRA ATAU TIDAK! BN Tidak Terima Keahlian Baharu – Wee Ka Siong

421
0

KUALA LUMPUR – Parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN), MCA menegaskan parti itu memutuskan untuk tidak membuka keahlian baharu kepada mana-mana parti buat masa kini.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ini termasuk keahlian kepada Pas yang menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, September tahun lalu.

“Ini bukan soal untuk menarik mana-mana parti masuk dalam BN. Itu bukan isunya, BN tak buka keahlian baharu untuk menyertai BN, Pas pun tak ada hasrat untuk sertai BN.