TERKINI : MIC TIADA MASALAH! Tiada Persoalan Kerjasama UMNO-PAS – Tan Sri Vigneswaran

KUALA LUMPUR – MIC dan MCA tidak ada masalah dengan kerjasama UMNO-Pas pada mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Umum Ke-15. Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, parti itu berpendapat kerjasama kedua-dua parti itu hanya untuk merapatkan perpaduan antara Melayu dan Islam.

Malah langkah itu tidak bercanggah dengan gabungan BN.

“Jelas sekali mereka (Pas) tidak bergabung dengan BN dan mereka tidak berminat untuk sertai BN.

“Saya rasa tidak ada persoalan yang timbul kerana kerjasama UMNO-Pas dalam pembangkang, saya fikir semua pihak sudah setuju untuk kebaikan sejagat.

“MIC tidak ada masalah dengan itu, saya pernah bersemuka dengan Datuk Seri Hadi Awang dan saya katakan bahawa MIC sedia untuk kerjasama dengan Pas,” katanya.