Chelsea gagal dalam usaha mengenepikan penggantungan dua musim setelah rayuannya ditolak FIFA hari ini

ENGLAND – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Chelsea untuk mengenepikan hukuman penggantungan membeli pemain selama dua musim panas.

Dalam kenyataan perkembangan kes itu semalam, FIFA mendengar rayuan Chelsea berhubung hukuman penggantungan daripada membeli pemain baharu selama dua musim jendela perpindahan.

Jawatankuasa Disiplin FIFA melaksanakan hukuman penggantungan itu yang berhubung kait dengan 29 kes, yang mana kelab itu didapati melanggar peraturan perpindaan antarabangsa dan pendaftaran pemain bawah 18 tahun.

Pengesahan rayuan dikemukakan minggu ini dan FIFA memberi indikasi bahawa sekatan menandatangani pemain selama dua musim ke atas Chelsea kekal sehingga rayuan didengar.

“Kami mengesahkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak permohonan Chelsea buat sementara,” kata jurucakap dalam kenyataan itu.

Barcelona juga diberikan hukuman seumpama pada 2014 tetapi kelab La Liga itu mengemukakan rayuan supaya ia dilaksanakan pada musim Berikutnya.- MalaysiaGazette