Chris Kermode tidak ditawarkan kontrak baharu yang akan tamat penghujung musim ini.

ENGLAND – Kontrak Presiden Persatuan Tenis Profesional (ATP), Chris Kermode tidak akan dilanjutkan selepas ini.

Keputusan itu dicapai selepas tiga wakil pemain tenis profesional dalam lembaga pengarah mengundi tidak menhyokong Kermode.

Rafael Nadal pada Rabu memberi amaran bahawa perubahan di peringkat pengurusan tertinggi ATP hanya akan menyekat proses penambahbaikan sukan itu.

Bagaimanapun, mesyuarat lembaga pengarah ATP di Indian Wells memilih untuk tidak menawarkan kontrak baharu kepada Briton, 54 apabila penggal kedua kontrak bertempoh tiga tahunnya tamat akhir tahun ini.

Ahli Majlis 10 pemain ATP berpecah apabila membincangkan isu itu.

Namun wakil mereka dalam lembaga pengarah termasuk bekas pemain Justin Gimelstob, Eksekutif The Televisyen, David Edges dan Peguan British Alex Inglot mengundi menentang penyambungan kontrak.

Gimelstob kekal dalam lembaga pengarah tetapi berhadapan kes perundangan namun disabitkan tidak bersalah atas dakwaan penukaran bateri menyebabkan kecederaan badan agak serius di Los Angeles Oktober lalu.

Novak Djokovic yang mengungguli rangking pertama dunia tenis merupakan presiden Majlis Pemain Tenis dan dikatakan memainkan peranan disebalik tabir untuk perubahan dalam ATP.

Tetapi dalam sidang media pada Khamis Djokovic enggan menjawab apabila berulangkali diasak soalan sama ada dia menyokong keputusan untuk menyingkir Kermode.

“Saya tidak akan menjawab soalan anda (wartawan) secara terbuka dan juga pandangan peribadi dalam perkara itu.

“Tindakan saya mendedahkan sebarang maklumat akan menyaksikan saya mendedahkan diri dan melanggar peraturan dan tidak sanggup mengambil risiko,” tegasnya. – MalaysiaGazette