SEOUL – Imej-imej satelit menunjukkan Korea Utara mungkin sedang membuat persiapan untuk melancarkan peluru berpandu atau satelit.

Aktiviti meningkat di tapak yang dikenal pasti sebagai Sanumdong, lokasi di mana Korea Utara memasang peluru berpandu balistik dan roket-roket.

Berita itu menyusul selepas laporan awal minggu ini mendakwa Korea Utara telah memasang semua struktur di tapak pelancaran senjata nuklear di Sohae.

Pada tahun lalu Pyongyang telah meleraikan struktur di tapak itu tetapi kerja-kerja dihentikan selepas rundingan dengan Washington tiada progres.

Para penganalisis percaya aktiviti di Sanumdong adalah persediaan Pyongyang untuk melancarkan satelit berbanding ujian peluru berpandu.

Ime-imej yang dirakam di Sanumdong menunjukkan pergerakan kenderaan berat – aktiviti-aktiviti yang dipercayai ada kaitan dengan persediaan pelancaraan peluru berpandu atau roket. Andaian itu berdasarkan pergerakan lampau.

BBC melaporkan Korea Utara mungkin melakukan ujian selepas rundingan di Hanoi tidak mencapai sebarang persepakatan.

Persediaan itu dibuat dengan harapan Amerika Syarikat akan membuat tawaran yang lebih baik bagi mengelakkan pelancaran senjata di Semenanjung Korea. – MalaysiaGazette