Bill Shine. foto Agensi

WASHINGTON – Bill Shine melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Komunikasi White House, selepas memegang jawatan itu tidak sampai setahun.

“Bill akan terus menyokong Presiden Donald Trump dan agendanya dan akan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kempen Pilihan Raya 2020,” kata jurucakap White House, Sarah Sanders.

Shine yang telah dikritik kerana hubungannya dengan Fox News, menyifatkan White House sebagai “pengalaman paling menggembirakan” dalam hidupnya dan tidak sabar-sabar untuk menjalankan kempen pilihan raya untuk Presiden Trump dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Shine melepaskan jawatannya pada malam Khamis dan Trump menerimanya.

Trump berkata, Shine telah melakukan tugasnya dengan luar biasa dan akan “terlibat sepenuhnya” dalam kempen 2020.

Shine merupakan pengarah komunikasi kelima dalam pentadbiran Trump yang berusia dua tahun dua bulan. – MalaysiaGazette