TERKINI : Hari Pertama Ismail Sabri Duduk Kerusi Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang yang baharu dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai pasukan pembangkang antara Barisan Nasional (BN) dan Pas di Dewan Rakyat pada penggal kali ini.

Kedudukan terkini itu bagi menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti daripada memegang jawatan itu ekoran pertuduhan di mahkamah.

“Banyak berubah banyak yang melompat itu parti lain dan kita buat pengubahsuaian berdasarkan apa yang ada, saya dikedudukan nombor satu di tempat Ketua Pembangkang.

“Di sebelah saya bekas PM Datuk Seri Najib Razak, ranking kerajaan selepas itu barulah Datuk Seri Ahmad Zahid,” katanya kepada media selepas selesai menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.