TERKINI : TAHNIAH UMNO! Beri Laluan PAS Ambil Alih Kedah – Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keadaan politik pembangkang di negeri itu didokong kuat oleh Pas dan bukannya UMNO sebagaimana yang didakwa.

Menurut beliau, UMNO jelas memberikan laluan kepada Pas untuk kembali mentadbir negeri itu atas dasar ‘perbentukan kerajaan perpaduan’ antara Pas dan UMNO. “Saya sudah ucap tahniah kepada UMNO kerana telah memberi laluan kepada Pas untuk ambil alih negeri Kedah.

Ini sifat murah hati yang begitu hebat kepada UMNO.

“Tentunya yang menjadi lebih kuat di Kedah adalah Pas bukan UMNO,” katanya selepas menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.