Foto Media Sosial.

KUALA LUMPUR – Dunia media sosial sekali lagi digemparkan dengan penyebaran video lucah dipercayai mirip penyanyi remaja Aiman Tino di laman sosial Twitter.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, wajah lelaki mirip Aiman itu jelas kelihatan pada lima saat pertama sebelum dia dilihat berundur ke belakang bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak senonohnya dipercayai di dalam bilik.

Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kemaluan lelaki tersebut menggunakan stiker gerak sepanjang video itu.

Dalam pada itu, segelintir netizen percaya individu tersebut adalah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu kerana bingkai gambar di dinding bilik video itu dirakamkan sama seperti dalam video terbitan sebuah portal ketika berkunjung ke kediaman Aiman sebelum ini.

Namun kebanyakan peminat penyanyi berusia 21 tahun meluahkan rasa tidak yakin individu itu adalah Aiman selain kecewa dengan penyebar video tersebut yang disifatkan tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast