Home Politik Calonkan semula Streram mudahkan laluan Tok Mat

Calonkan semula Streram mudahkan laluan Tok Mat

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada 13 April ini bakal memberi kelebihan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan jika Timbalan Presiden UMNO dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kerusi itu apabila Pakatan Harapan (PH) mencalonkan semula Dr S. Streram.

Dengan mengambil kira undi bukan Melayu, menurut Salawati, suara-suara dalam PKR yang sebelum ini yang tidak menyukainya akan melemahkan lagi kedudukan PH untuk merampas kerusi itu daripada BN.

“Ada isu Streram yang tidak suka dia dalam PKR, sedikit sebanyak akan menggugat dia sendiri.

“Kemungkinan mereka memerlukan orang yang lebih daripada Streram mungkin untuk memberi kelebihan pengundi bukan Melayu sebab itu mungkin mahu letakkan walaupun ada calon selain beliau.

“Kalau tanya saya, saya menjangkakan BN akan menang,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Streram sebagai calon PRK untuk DUN Rantau, namun Timbalannnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui laluan calon parti itu sukar dikam Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat akan mempertahankan kerusi itu.

Malah Anwar sendiri mengakui Timbalan Presiden UMNO itu bukan calang-calang orang.

Sebagai pemimpin UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Salawati menyifatkan Tok Mat adalah sosok yang bukan sahaja disenangi oleh penduduk di Rantau dan Negeri Sembilan.

“BN nampak sangat selesa sebab ada dua kemenangan, nak lagi orang tahu Tok Mat macam mana, dia tokoh UMNO yang disenangi, boleh kerja walaupun UMNO menghadapi beberapa persepsi negatif, dia juga bekas MB yang buat kerja,” tambahnya.

Untuk rekod, Tok Mat menjadi ADUN Rantau sejak tahun 2004 sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu dibatalkan oleh mahkamah.

Sebelum ini, bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendesak agar kepimpinan PKR mengetengahkan calon wanita untuk PRK DUN itu, namun Streram sendiri menegaskan cadangan itu sebagai tindakan gila. – MalaysiaGazette