SANTIAGO – Dua apungan ais yang berpecah di luar Glacier Grey di Patagonia Chile beberapa minggu kebelakangan mencetuskan kebimbangan kerana kejadian itu semakin kerap.

Perpecahan terbaharu berlaku pada 20 Februari dan 7 Mac lalu selepas blok ais yang lebih besar bersaiz tiga bidang bola sepak, (380 meter (1,247 kaki) dengan 350 meter,terpisah dari glasier yang terletak di tasik glasier Taman Negara Torres del Paine di selatan Chile pada November 2017.

Pecahan yang paling ketara ke glasier sebelum itu dicatatkan pada awal tahun 1990-an. Para saintis mendakwa kekerapan itu berlaku berikutan suhu yang semakin meningkat.

“Terdapat kekerapan yang lebih besar dalam berlakunya pecahan di bahagian timur glasier ini dan lebih banyak data diperlukan untuk menilai kestabilannya,” kata Ricardo Jana, penyelidik dan ahli kawasan perubahan iklim Institut Antartika Chile (INACH).

Sejak kebelakangan ini, “suhu meningkat di atas paras purata biasa dan hujan lebat berlaku serentak dengan kenaikan paras air di tasik, faktor yang boleh menjelaskan pemisahan itu,” katanya.

Penyelidik dari universiti di Jerman dan Brazil, bersama-sama dengan pakar dari INACH dan entiti tempatan yang lain, telah mengkaji Glacier Grey sejak 2015 di bawah program kerjasama antarabangsa. – MalaysiaGazette