KUALA LUMPUR – Selepas 34 buah sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup serta merta berikutan pencemaran kimia Sungai Kim Kim, Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta kokurikulum dihentikan sementara.

“Pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” kata kenyataan itu.

Pada petang tadi, Kementerian Pendidikan mengarahkan 34 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor ditutup serta merta berikutan pencemaran kimia Sungai Kim Kim yang telah menjejaskan kesihatan pelajar di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil untuk mengelak perkara yang tidak diingini menimpa pelajar serta warga sekolah dan beliau telah dimaklumkan keadaan semakin kritikal.

Menurut kenyataan itu, Kementerian pendidikan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Senarai sekolah-sekolah yang ditutup:
1 SMK Taman Scientex
2 SMK Taman Nusa Damai
3 SMK Pasir Gudang 2
4 SMK Dato Penggawa Timur
5 SMK Pasir Gudang 3
6 SMK Pasir Gudang
7 SMK Bandar Seri Alam
8 SMK Taman Rinting 2
9 SMK Taman Megah Ria
10 SMK Seri Alam 2
11 Kolej Vokasional Pasir Gudang
12 Sekolah Seni Malaysia
13 SK Taman Scientex
14 SK Taman Rinting
15 SK Taman Bukit Dahlia
16 SK Pasir Gudang 4
17 SK Taman Nusa Damai
18 SK Kopok
19 SK Taman Cahaya Masai
20 SK Taman Rinting 2
21 SK Taman Cendana
22 SK Taman Rinting 3
23 SK Masai
24 SJKT Pasir Gudang
25 SK Cahaya Baru
26 SJKC Cheetong
27 SJKC Masai
28 SK Sungai Tiram
29 SJKT Masai
30 SK Seri Kota Puteri
31 SK Pasir Gudang 2
32 SMK Sungai Tiram
33 SMK Tanjung Puteri Resort
34 SK Tanjung Puteri Resort
35 SMK Kota Masai
36 SMK Kota Masai 2
37 SK Pasir Puteh
38 SK Perigi Acheh
39 SK Kota Masai 3
40 SK Taman Pasir Putih
41 SMK Pasir Putih
42 SK Kota Masai
43 SK Kota Masai 2 – MalaysiaGazette